CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 22, 2013

Cara menanam Kurma



Mak dan Abah pernah tanam Kurma, sampai sekarang menghasilkan buah. tapi sayang pokok kurma tu di rumah lama. sekarang ana duduk di rumah yang lain. :-)

Cara Menanam Kurma




Menanam pokok kurma terbahagi kepada dua iaitu:

A) Menanam pokok kurma dari anak kurma.
Pokok pokok kurma dewasa kebiasaannya akan mengeluarkan anak-anak kurma di pangkal pokok dan jumlahnya bergantung kepada umur pokok dewasa.
Anak-anak pokok kurma ini boleh dipisahkan daripada batang pokok kurma dewasa dan ditanam di tempat lain.

Kerja-kerja memisahkan anak kurma amat rumit dan jika tidak dilakukan dengan cermat akan merosakkan anak kurma dan juga pokok kurma dewasa.
Menurut sesetengah pendapat mengatakan 70 peratus anak-anak pokok kurma yang tumbuh dari pokok dewasa adalah baka pokok betina dan boleh menghasilkan buah.
Manakala 80 peratus baka pokok yang tumbuh dari biji adalah pokok jantan.
Anak-anak pokok kurma yang telah dipisahkan dari pokok kurma mestilah dibekalkan dengan cukup air. Ini kerana kebanyakan akar anak-anak kurma ini telah terputus.
Cara yang terbaik merawat akar-akar anak kurma ini ialah dengan membalut akar yang terputus itu dengan guni basah.

Cara lain ialah dengan merendam sebahagian pangkal anak-anak kurma ini dalam air sehingga akar-akar baru tumbuh.
Sekiranya memilih untuk menanam anak-anak kurma sebaik sahaja dipisahkan, adalah sangat perlu menyiram dua kali sehari dengan kadar air yang cukup. Pastikan tanah sekitar anak kur yang bar ditanam lembap selama antara dua dan tiga bulan.

B) Menanam kurma menggunakan biji.
 
Biji-biji kurma mudah didapati selepas memakan buah kurma kering. Ia diasingkan bagi tujuan penyemaian.
Kita boleh menentukan jenis-jenis kurma yang popular yang biasa dibawa pulang dari tanah Arab ialah ajwah dan ambar.

Rahsia pendebungaan
Pokok kurma mempunyai jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina. Kedua-dua jantina menghasilkan bunga.
Tahukah anda bahawa bunga-bunga kurma tidak menghasilkan bau dan rasa? Oleh kerana itu, serangga dan lebah tidak membantu di dalam proses pendebungaan pokok kurma.
Pencantuman bunga jantan dan bunga betina harus dilakukan dengan bantuan manusia menggunakan tangan.
Bunga-bunga kurma jantan boleh diambil dan disimpan di dalam penyejuk dalam tempoh setahun sekiranya pokok-pokok kurma betina belum menghasilkan bunga.
Proses pendebungaan boleh dilakukan dari dari tiga hingga 30 hari setelah bunga-bunga betina keluar dari mayang pokok.

Proses membuat debunga daripada bunga jantan
1.Membuang kelopak mayang kurma bermula dari atas ke bawah.
Mayang pokok kurma jantan biasanya tertutup bagi mengelakkan tiupan angin atau serangga. Kemudian letakkan bunga kurma jantan tadi di atas rak yang kering.
2 Setelah pengeringan bunga kurma jantan selesai, goyangkanlah bunga kurma jantan tadi bagi mendapatkan debunga kurma jantan.
3. Bunga-bunga kurma jantan dibahagikan kepada dua bahagian. Sepohon bunga kurma jantan boleh mendebungakan 40 hingga 50 pokok kurma betina.
4.Setelah proses pendebungan siap maka bunga kurma ini hendaklah dijarakkan bagi menghasilkan buah kurma yang besar. Bilah bunga yang rapat hanya menghasilkan buah yang banyak tapi saiznya kecil.

credit to : http://harizamrry.com/2010/08/20/cara-menanam-kurma/